Friday 8 November 2013

Pelancong Ajak Rebus Kaki Kat KOLAM AIR PANAS SELAYANG

Kolam Air Panas Selayang atau Selayang Hot Spring memang terkenal dan terletak di utara Kuala Lumpur yakni melalui Jalanraya utama Kuala Lumpur ke Rawang.
 

 
Ia juga sudah wujud sekian lama dan airnya panas semulajadi dan terbit di bawah Tanah. Kolam ini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Selayang dan masuk hanya di kenakan bayaran letak kereta dan pilihan bayaran untuk mandi bilas di bilik air yang disediakan serta sewa baldi/gayong jika tidak membawa peralatan mandi sendiri jika pengunjung ingin mandi. 
 

 
Selain bilik air dan tandas terdapat juga kedai runcit, warung makan dan tempat urut refelxologi disediakan. Terdapat tiga buah kolam yang ada di dalamnya dan ternyata tidak boleh berenang kerana tahap kepanasan hampir mendidih.
 



Kolam ini di buka 24 jam dan saban minggu atau hari-hari cuti penuh dengan orang ramai yang datang berkunjung. Mereka ini datang di seluruh Lembah Kelang malah luar Kuala Lumpur tidak terkecuali ada juga ramai Pelancong Asing. Datang ke Kolam Air Panas Selayang  Tujuan mandi atau rendam (bukan rebus) kaki ke dalam air tersebut tujuan riadah atau berubat.
 

 
Sejarah ataupun kisah Selayang Hot Spring atau Kolam Air Panas Selayang adalah tempat yang sangat popular di kalangan penduduk tempatan, yang ditemui hampir empat dekad yang lalu dan dikhabarkan telah menyembuhkan pengunjung dengan penyakit seperti kencing manis, gout, penyakit kulit dan banyak lagi.
 

 
 Walaupun kebenaran dakwaan tersebut masih tidak menentu, banyak testimoni telah di terima oleh pengunjung. Terdapat juga pengunjung yang menghabiskan masa di sini dua atau tiga hari dalam seminggu, atau hampir setiap hari selepas kerja. Saya tidak pasti tapi mungkin satu penjelasan yang mungkin boleh terjadi iaitu adanya mikro-organisma alga yang tinggal di air dan sedikit belerang.
 

 
 Tetapi setakat ini saya tidak terjumpa adanya bukti saintifik yang terbukti secara meyakinkan mengesahkan atau menafikan dakwaan tersebut. Walau bagaimanapun, saya yakin tempat air panas adalah satu destinasi untuk warga kota yang mencari kelonggaran dan ketenangan, jauh lebih murah daripada pergi ke spa. Kebanyakan tempat-tempat semula jadi bagi saya adalah tarikan Kolam Air Panas Selayang yang terletak di utara itu, dilampirkan kepada persekitaran kehijauan di sekellingnya.
 
 

CINTA ITU DUSTA

SILA KLIK/PLEASE CLICK