tak boleh merunggut.... perkara yang berlalu biarkanlah. Nak cari yang sama sebagai pengganti adalah mustahil melainkan mustahil itu sendiri yang boleh dapatkan apa yang nak di ganti itu sama. Aduh! pening tak faham yea.... saya pun tak faham... hehehehe.... jangan marah.
Nak bagitahu, dulu kira lama gaklah saya kemalangan (kecuaian kendiri) tapi tak serius. Dah sembuh dan dah lama kat hospital dan bila nak check out (uik macam hotel plak) saya, Umi, Adik-Beradik lain dan x-gf tak de duit. Payah gak tu nak settle bil hospital.
Tapi dapat solusi x-gf jual dia punya Lappy tanpa pengetahuan saya dan sesiapa. Bila saya dapat tahu yang x-gf jual Lappy dia semata-mata nak membiayai kos perubatan saya, mulanya saya marah tak setuju dengan tindakkannya. Dan di fikirkan balik inilah satu-satu x-gf confirm jadi bini saya. Marah tadi jadi sayang makin mendalam. Zaman sekarang manusia sanggup berkorban untuk tujuan kebaikan pada orang lain hampir tiada.
Tapi yelah manusia berimpian, merancang dan banyak nak di lakukan tapi ada yang jadi, ada yang tidak kesampaian. Saya doakan kebahagiaan jodohnya berkekalan. Nasihat dan ubat penawar yang selalu dan biasa kita dengar seusai atau selepas perpisahan:~
Sabar
Kalau Ada Jodoh Tak Kemana
Jodoh Atas Kekuasaan Ilahi
Bunga Bukan Sekuntum
Terimalah Hakikat
Percayalah Jodoh Anda Akan Lebih Baik Dari Yang Lepas
Dah Takdir
Berdoalah Banyak-Banyak
Dan Banyak Lagi
Akhirul Kalam, mempromosikan "CINTA ITU DUSTA" juga boleh membuatkan manusia itu boleh Berjaya di Dunia dan Akhirat walaupun berjuta yang lain tidak menyetujuinya. Apapun saya bukanlah manusia hebat akhirnya mati jua.
No comments:
Post a Comment