Setiap kali bawa Pelancong terutamanya Pelancong dari Timur Tengah pastinya tempat yang wajib ialah tempat makan atau Restoran. Kebanyakan dari kalangan mereka tidak berapa mengemari makan atau restoran tempatan. Mereka lebih kepada makan ruji atau makan asal mereka yakni makanan masakan Arab.
Banyak juga Restoran-Restoran Ala-Arab terdapat di seluruh Malaysia seperti di Bukit Bintang, Bandar Sunway, Batu Feringgie, Langkawi, Johor Baharu dan sebagainya. Contoh Restoran Ala-Arab yang agak terkemuka dan ada Bintang atau kelas tersendiri seperti Restoran Tarbush, Restoran Hadramwat, Restoran Sharah Tent, Restoran Markesh, Restoran Lebenon, Restoran Yemen Food dan seumpamanya.
Ada Restoran tersebut betul-betul asli dari Negara mereka dari segi bahan ramuan, rencah, resepi malah termasuk tukang masak serta pekerja pelayan juga dari sana segalanya di import. Menu makan Ala-Arab adalah seperti macam biasa Kebab Daging Ayam, Kebab Daging Unta dan Kebab Daging Kambing. Manakala Nasi pula ada Nasi Arab, Nasi Mendy atau di sini di panggil Nasi Beryani Ayam, Kambing, Ikan dan Sayur.
Dan pencuci mulut juga tidak ketinggalan dari segala manisan serta kopi atau tea panas. Selain itu, ada juga Restoran menyediakan Shisha atau Hokka dari tembakau berperisa epal, strawberry, limau dan lain-lain. Ada juga Restoran menyediakan Pembidang untuk pelanggan mereka yang berpakaian Pudrah penuh.
Harga setiap hidangan juga berpatutan, Sedap dan Lazat, Bersih dan Suci, Selesa dan Mewah dan terutamanya pastilah Halal dan Sunnah. Ya, kebanyakan makanan dari adalah makanan Sunnah. Setiap kali saya bawa mereka pasti mereka tidak menyesal malah berulang mahu pergi berkunjung lagi dan tidak lupa juga dapat berjamu selera percuma.
No comments:
Post a Comment