You Best Friend Could Be Your Worse Enemy And Your Worse Enemy Could Be Your Best Friend. This word taken from the lyrics of Reggae Legend Bob Marley And The Wailers song. If I'm not wrong the song tittle is "no woman, no cry". yes, it was true what is said. Often things happen to us, to others, to businessmen, politicians and so on. There are already good friends or no friends even better. You have to choose wisely. Sometimes in our careful there too exposed. Lastly, like to say I love you all my friend especially friend from Dearhaniey and Facebook.
Wednesday, 31 July 2013
Don't trust with your best friend.
Tuesday, 30 July 2013
Kekasih Gelap Ku Cik Tab
Mohon jangan berlagak... Tab atau Tablet atau IPad atau entah apa lagi nama gadget yang tengah core saya pun tak tahu. Cuba nak dapatkannya satu tapi saya pun tengah miskin tapi tak per sabar jer. Bagus jugak kalau ada senang buat kerja bagi mereka yang kerja travel atau sewaktu dengannya. Boleh cari tempat guna GPS, boleh send text, boleh snap gambar, boleh chatting dan macam-macam lagi.
Monday, 29 July 2013
Solihin Zubir: Latar Belakang Dr Mohamed Morsi Presiden Baru Mesi...
Solihin Zubir: Latar Belakang Dr Mohamed Morsi Presiden Baru Mesi...: Biodata & Latar Belakang Nama penuh beliau ialah Muhammad Morsi Isa' al-Ayyat. Dr. Mursi lahir pada 20 Ogos 1951 di Wila...
Location:
Egypt
Abang Teksi Yang Seksi
Bilakah kali terakhir anda semua naik/tumpang Teksi? Selepas pengumuman kenaikan tambang Teksi baru-baru ini ada yang setuju, ada yang tak setuju dan ada juga yang tak ambil tahu. Apapun Industri Teksi kat Malaysia nie masih belum capai 10 bintang lagi terutamanya Teksi di Lembah Kelang. Mungkin sebab tidak memuaskan dari segi Harga Tambang, Layanan, Kemudahan, Keselesaan Kereta Teksi, Masa Menunggu, Kurangnya Gadget/GPS Komunikasi Radio, Lambakkan Teksi, Pemandu Teksi Dari Pendatang Asing, Keselamatan dan seumpamanya.
Saya nie macam Urban Grass Root dan kerja pun selalu mengembara tahu rencah kehidupan dan dunia Teksi nie (kira banyak kawan dan bergaul). Pemandu Teksi nie boleh hidup mewah ataupun sebaliknya, Kalau malas kutipan boleh capai RM 150.00 ~ RM 200.00 dan kalau rajin memandu boleh capai sampai RM 300.00 dan lebih dari itu. Itu pun jika tiada masalah seperti rosak, kemalangan, trafik jam, hujan, kena saman dan sebagainya.
Pemandu Teksi adalah Duta Kecil kepada Pelancongan Malaysia. Ada pemandu baik ada sebaliknya dan ada penumpang baik ada sebaliknya. Di Lembah Kelang nie ada 3 jenis Teksi yakni Teksi Badjet, Teksi Esekutif dan Kereta Sewa. Dengan lebih 30,000 Teksi di Lembah Kelang, mereka ini di pantau oleh SPAD, Warden Trafik DBKL/PBT, Polis Trafik dan Pengguna.
Teksi yang ada Permit Persendirian atau Permit Syarikat/Koperasi/Persatuan wajib di periksa di PUSPAKOM berkala 6 bulan sekali. Pemandunya pula perlu ada Lesen Memandu dan Lesen Memandu PSV (Perbaharui Setahun Sekali) bersertakan Kad Pemandu (Juga Perbaharui Setahun Sekali). Selain Pelancongan, Teksi juga adalah pengerak dan pemangkin kepada Ekonomi dan Pembangunan Sosial kepada Negara. Jom naik Teksi.
Sunday, 28 July 2013
HAMBA YANG HINA: BERAPA UMUR DUNIA ??
HAMBA YANG HINA: BERAPA UMUR DUNIA ??: Dikisahkan, ketika Nabi Musa As bermunajat kepada Allah SWT, di bukit Tursina, sempat mengajukan beberapa pertanyaan kepada Allah, Allah men...
Location:
Saudi Arabia
Saturday, 27 July 2013
Meriam Buluh ~ Bahaya Atau Tradisi?
Jom main Meriam Buluh nanti sama-sama boleh berhari raya kat Penjara atau Hospital. Actually, saya tak galaklah main Meriam Buluh, Mercun, Bunga Api atau Kembang Api.. Ada gak nak main sebab nak lepaskan gian atau apa alasan sekalipun, yelah sesekali-sekala tak kira muda tua.. Tanya saya mana asal-usul Meriam Buluh nie saya memang tak tahu. Dulu masa kanak-kanak duduk kat Kampung Setinggan tak ada main Meriam Buluh yang lain ada kot tak ingat (hehehehe... cover). Lagi satu Meriam Buluh bukan Produk Pelancongan tapi main Mercun atau Pertunjukkan Bunga Api untuk Budaya atau Pesta itu ada dan ianya berpermit. Adapun untuk bergembira di Hari Raya tak semestinya dengan Meriam Buluh. Banyak cara kita boleh sambut kegembiraan asalkan tak ikut nafsu-nafsi.
Penat Giler
Baru balik dari Penang lepas tu hantar Tourist kat Hotel. Rasa penat giler tapi dilegakan oleh puasa yang indah lagi ikhlas. Yea penat giler itu indah dalam bulan puasa nie. Kalau merunggut kerana penat giler maka penat itu akan mengejar sampai bila-bila. Oklah stop merepek nanti sambung lagi.
Friday, 26 July 2013
Pesan Untuk Diri Sendiri Dan Yasin Fadilah
Bulan puasa lebih pahala bila baca Al-Quran dari bulan-bulan lain. Tapi lagi bagus baca Al-Quran pada sepanjang masa. Kalau tak baca mendengar pun bagus. Dan paling-paling bagus belajar baca Al~Quran. Pasang dan dengar Al~Quran kalau boleh pasang kat radio, kat kenderaan, kat Lappy, kat Tab kat Smartphone atau kata mana jua ikut kesesuaian. Awas jangan sesekali pasang Radio dengar Al~Quran pada masa sama kita berbual-bual dengan orang lain tak beradap gitu. Sikit-sikit dah ler bila nak berchatting tu.... boleh tak salah at least we have know with our limit lepas tu baca Al~Quran. Kali nie saya nak share mengenai Yasin Fadilah. rRasanya ramai yang tahu. Yasin Fadilah yakni Surah Yasin di baca dengan diselang~selikan doa atau solawat. Ia bukanlah untuk ubah atau tambah Al~Quran. Bacaan Yasin Fadilah ini berkahsiat untuk mempermudahkan urusan kita di dunia dan di akhirat dengan izin keredahan Allah.
Thursday, 25 July 2013
Rahsia Ikhlas
Rasanya korang pernah baca/dengar kisah nie.... pada zaman sebelum Jahilliah ada sebuah kampung di mana penduduknya menyembah sebatang pokok sebagai Tuhan mereka. Dan di kampung itu juga tinggal seorang tersangat tua di panggil Syekih dan dialah satu-satunya yang tidak sembah pokok seperti penduduknya lakukan. Satu hari Syekih ini datang ke pokok yang di sembah untuk di tebang. Pada masa sama datang Iblis menyamar jadi pemuda cuba halang hajat Syekih. Mereka bergaduh hingga Iblis yang menyamar itu tewas dan merayu kepada Syekih janganlah diapa-apakan pokok itu. Dan Iblis berjanji pada Syekih akan bagi duit tiap-tiap hari. Pada satu hari Iblis sengaja tidak bagi duit lalu Syekih pergi ke pokok hendak tebang. Iblis menghalang dan mereka bergaduh lagi tapi Syekih itu pula yang tewas. Lalu Syekih sempat bertanya kenapa dahulu aku boleh menang kali ini aku kalah. Iblis pun jawab dulu kamu memang kerana Allah kali ini kamu kalah kerana duit. So, apa yang terjadi adalah RAHSIA IKHLAS dan ilmunya perlu kita pelajari.
Wednesday, 24 July 2013
Esok Nak Belanja Kekasih Saya Service
Kekasih saya nak kena service ....hehehehehe.... jangan salah faham ok. Yelah kena service sebab nak guna dia masa Hari Raya. Perjalanan jauh nak balik kampung, nak berkunjung ke rumah saudara-mara, rumah sahabat handai, menziarahi kubur bapa dan banyak lagi semua dalam plan. Tapikan sekarang nie tengah miskin nak tak nak kena juga service. Apa lagi, guna duit plastic atau kad hutang ler jawapnya, nak tunggu gaji lambat lagi. Kena servies sekarang sebab tunggu last minit pasti bengkel tak layan atau service macam nak tak nak jer maklum masa last minit nie bengkel sibuk banyak customer hantar kereta dan makenik semua dalam mood nak bercuti.... bahaya gak tu. Apapun keselamatan dan Penjagaan Kekasih saya nie mesti di utamakan. Bukan saya semua orang yang ada kekasih ler.
Monday, 22 July 2013
Tour With Me To Rose Valley, Cameron Highlands
I like to recommend you all to travel to farms flower gardens. Welcome to ROSE VALLEY, Tringkap, Cameron Highlands, Pahang, Malaysia. I thinks, there is a farm flowers Rose largest in Southeast Asia. It is also suited for flower lovers. In addition, ROSE VALLEY is suitable for the whole family travel, group and individuals. I was excited when there are other flowers planted in ROSE VALLEY is included little cactus tree. Please feel enjoy to be there soon.
each flower represents the nickname chatter hits dearhaniey room
Labels:
TRAVEL
Sunday, 21 July 2013
Makanan Esotik Tarikan Pelancong
Ada chatter kat Dearhaniey Room (bukan saya) suka sebut Katak Salai.... Wah! Interesting.... kat sini saya nak perkatakan tentang Makanan Eksotik atau makan pelik sikit.. Apa yang Eksotik tu entah ler mungkin anda semua tahu. Ada yang sebut makanan dari masakkan Daging Rusa, Daging Landak, Tenggiling, Ular, Sup Kucing, Monyet, Naga, Lipas, Dinosaur, Tupai Tanah, Kaki Beruang dan entahlah macam-macam tak sampai hati jari nak menaipnya. Makanan Eksotik nie ada yang dibenarkan dan sebaliknya. Sebab apa? yea sebab Undang-Undang, Halal/Haram, Pelindungan Hidupan Liar, Budaya, Perubatan dan seumpamanya. Makanan Eksotik juga boleh dijadikan satu produk Pelancongan di Malaysia jika kena dengan caradan ideanya. So di harap anda semua bole ler mencubanya....
Saturday, 20 July 2013
Andai terciptalah istana dibibirmu, Mengapa musnah roboh dihatiku....
~ C I N T A I T U D U S T A ~
jiwang karat
Bukan ku bermain cinta
Dan bukan ku berpura
Akhirnya kita terpisah jua
Suratan yang melanda
Bulan bintang matahari
Dan api cinta ini
Tetap bersinar dan bercahaya
Panas cinta membara
Cintaku kepadamu semanis madu
Bersinar dihatiku adalah rindu
Andai terciptalah istana di bibirmu
Mengapa musnah roboh dihatiku
Kerana cinta aku tersiksa
Kerana cinta merana
Kerana cinta aku terpedaya
Kini dikau tiada...
Copyright Control : Medicine ~ Ita ~ Nurain ~ NSR
Pelancongan Sarang Burung Walet Sitiawan, Perak
Seumur hidup ini kali kedua saya datang Sitiawan, Perak. 1st dulu datang bermalam rumah Pak Cik saya yakni adik kepada Umi saya bekas Navy. Kali nie datang bawa pelancong dari Middle East (balik hari).
Mereka hendak pergi semata-mata hendak melihat dari dekat Industri Kecil Sederhana Sarang Burung Walet. Pelancong ini juga katanya ada Kedai Farmasi (Drugs Shop) kat Abu Dhabi City. Kalo ada rezeki dia kata nak try jual & import benda nie.
Nak tahu kenapa Sitiawan? saya sendiri duduk Malaysia pun tak tahu bahawa Sitiawan adalah tempat kedua terbesar Ladang & Kilang Sarang Burung Walet selepas Kuala Kurau. Ini pun pelancong tu beritahu kat saya huh! malu....
Radio IKIM.FM NO. 1 BERPENGARUH DI MALAYSIA
IKIMfm dilancarkan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YABhg. Tun Dr Mahathir Mohamad pada 6 Julai 2001.
Ianya merupakan satu-satunya stesen radio berkonsepkan pendekatan Islami yang beroperasi selama 24 jam sehari setiap hari ke seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.
Ianya menggabungkan program yang bersifat mendidik jiwa dan juga program berbentuk hiburan yang tidak melalaikan, di samping turut menyajikan pelbagai maklumat yang bermanfaat.
Sekitar 95% programnya dipersembahkan dalam bahasa Melayu manakala selebihnya dalam bahasa Arab dan Inggeris. Anggaran rasmi oleh pihak IKIM FM sebuah syarikat pengkaji (survey) antarabangsa terhadap semua radio-radio di Malaysia telah mencatatkan bahawa seramai 1.04 juta pendengar IKIMfm di Semenanjung Malaysia mengikuti radio Islami ini. Jika mengambil kira keseluruhan pendengar termasuk di Sabah dan Sarawak, malah siaran ini turut meliputi sebahagian selatan Thailand, Singapura dan Batam Indonesia, kami menjangkakan ianya hampir dua juta pendengar.
Bermula sebagai satu-satunya radio tanahair beroperasi menggunakan sistem digital sepenuhnya, IKIMfm mengorak langkah membina nama sebagai radio Islam tunggal negara bersiaran 24 jam menyebarkan kemahaman Islam bukan sekadar di bumi Malaysia, malah lebih membanggakan IKIMfm hari ini telah didengari lebih dari 100 negara di seluruh dunia.
IKIMfm pernah mencatat jumlah pendengar melepasi sejuta pendengar dan kesetiaan pendengar IKIMfm saban tahun semakin meningkat menyaksikan dari 8 jam 41 minit pada awal tahun lalu, kepada 9 jam 43 minit ketika melabuhkan tirai tahun 2012 berdasarkan bancian Nielsen 2/2012.
IKIMfm terus mengikat pendengar untuk terus bersama mereka dengan memantapkan program-program sedia ada dan ditambah dengan kemunculan program-program baharu yang menjadikan IKIMfm terus unggul menjadi pilihan utama pendengar setianya.
Jika khalayak mengganggap radio berkonsepkan dakwah hanya sesuai untuk generasi lama, ianya salah sama sekali kerana jika dilihat kepada kajian Nielsen baru-baru ini, pecahan pendengar mengikut kategori perkerjaan menunjukkan 31 peratus pendengar IKIMfm adalah dari kalangan pelajar dan penuntut universiti. Ini menunjukkan IKIMfm releven untuk semua lapisan usia dan semakin mendapat tempat di hati remaja.
Program Remaja yang bernafas baru dengan penampilan wajah baru ini juga dikira sangat bertepatan dengan naluri remaja yang santai dan penuh dengan sifat ingin mencuba dengan mengenengahkan isu-isu semasa yang memberi ruang remaja berfikir dengan lebih kritis, dinamik dan segar. Ianya disiarkan setiap hari Selasa jam 10-11 malam. Satu lagi program untuk remaja ialah Suara Siswa khusus untuk pelajar di IPT yang disiarkan setiap Rabu jam 10-11 malam.
Sejak di kendalikan oleh Dj Faiz sejak awal tahun 2012, Remaja bukan sahaja Berjaya mencuri hati ramai remaja malah dari peringkat usia yang pelbagai. Ini terbukti apabila kajian Nielsen mencatatkan Remaja pernah mencapai jumlah pendengar 110,000 pendengar dari pelbagai lapisan usia.
Apa yang lebih membanggakan, purata 22,000 pendengar akan terus setia mendengar Remaja selama 1 jam itu.
Friday, 19 July 2013
KEKAYAAN & KEBERKATAN II
AbangSunyi Dearhaniey II 'kekayaan dunia & harta hanya sementara dan tidak kekal' adalah perkataan org yg tidak cukup ilmu.... wajip cari kekayaan dunia untuk fisabillilah. Kalau kaya boleh buat Waqaf, boleh Tak Zir, boleh Zakat, boleh beri Sedekah, boleh beri Hadiah, boleh buat sekolah hafal maksud Al~Quran percuma dan byk lagi. So Jariah yg di sebut atas keikhlasan mencari kekayaan dunia tu juga akan menolong kita di alam mati dan akhirat dgn izin & keredhaan Allah. There's the real way how to achieve good amalan & pahala. Akhir sekali, sy terlalu gembira jika Gebu atau yg lainnya tak setuju dgn tulisan sy nie sbbnya dulu sy tak pernah langsung bersekolah....
Wednesday, 17 July 2013
Qaryah Ramadan Jadi Produk Pelancongan (Melancong Sambil Beribadat)
Lazimnya kat mana-mana Bazar Ramadan jadi tumpuan. Malah saya lihat ada gak pelancong-pelancong luar negeri berkunjung ke situ. Ada yang shopping beli-belah, ada yang tengok lihat, ada yang siap bergambar kenangan dan macam-macam lagi. Selain kepelbagaian makanan minuman yang di jual untuk berbuka ada juga yang jual pakaian, songkok, tudung, baju melayu, jubah dan seumpamanya.
Di Kelantan pula selain Bazaar Ramadan jadi Produk Pelancongan ada 'Perkampungan Ramadan' atau lebih dikenali Qaryah Ramadan. Setiap kali datangnya bulan puasa, Qaryah Ramadan menarik minat orang Kelantan termasuk luar Kelantan seperti KL, Singapura, Selatan Thai dan lain-lain.
Qaryah Ramadan terletak di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu dengan khemah berkapasiti lebih 1,000 muat untuk muslimin dan muslimah. Aktiviti bermula pada sebelah petang didahului bacaan Al~Quran, berbuka puasa, solat Mahgrib, Isya, Tarawih, Tazkirah Ramadan, Qiyamullail dan solat Subuh.
Saya dapat tahu Program Qaryah Ramadan ini bermula sejak 23 tahun dahulu. Ia dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Islam Kota Bharu dengan kerjasama Pengerusi Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan.
Contoh iman yang pernah datang solat bersama yakni Sheikh Hisham Abdul Bari dan Sheikh Ahmad Tamim Mahmood dari Mesir. So, saya rasa kalo di beri kesempatan rezeki saya mahu pergi lagi. Sambil Melancong sambil Beribadat. Di harap anda pun begitu.
Tuesday, 16 July 2013
Apa itu COPY PASTE....????
Siapa yang cipta atau wujudkan Copy Paste nie saya tak berapa mahu nak kaji. Copy Paste atau Tiru dan Tampal apakah Pro & Kontra-nya. Copy Paste nie pun ada Positif dan Negetif-nya. Orang yang tak celik IT/ICT pun tahu kot, apa itu Copy Paste. Kaitan dengan Copy Paste : Curi Harta Intelek, Malas Nak Type, Nak Cepat Menaip, SPAM, SCAM, BOOM, Bosan, Boring, Chatting dan entah banyak lagi. Orang yang suka dan rajin Copy Paste nie orang yang tak ada JATIDIRI.... betul ke....???? apapun Copy Paste bukan soalan untuk dipersoalkan. Cuma tiba-tiba terasa diri di Sekodeng oleh Copy Paste. Dan akhir kata, Welcome To The World Of Copy Paste.
Monday, 15 July 2013
Negro Tumpang Tanya
Satu hari berdiri di sisi van persiaran sambil tunggu tourist habis makan berhampiran Restoran Hadramawt, Jalan Bukit Bintang, datang seorang Negro ke arah saya terus menyapa "Yo! my man.... excuse me.... could you please tell me where can I get Drug Shop?" (dalam hati berkata giler ke Negro ni.... ingat ada jual dadah open ke....???? oh rupanya saya yang giler, lambat tangkap apa maksud yang dia nak... rupanya Farmasi) terus saya jawap "Mmmm.... you mean Pharmacy? not around here better your go future....maybe have.... I'm sorry" .Kesimpulannya, lepas daripada itu saya dah tidak mahu main sedap tekak jer cakap orang giler (kekadang terlepas gak).
Sunday, 14 July 2013
KEKAYAAN & KEBERKATAN
TEKA~TEKI: PADA SATU HARI SAYA DI TANYA OLEH PELANCONG DAN BERKATA (LEBIHKURANG) "SAYA KENAL SEORANG YANG TIDAK SOLAT. RUMAHNYA BESAR, KERETANYA BEBERAPA BUAH DAN MAHAL-MAHAL PULA. ANAK-ANAKNYA PANDAI-PANDAI BELAKA DAN BELAJAR TINGGI. REZEKINYA NAMPAK BANYAK. WAHAL DIA TIDAK SOLAT. TIDAK SOLAT PUN ALLAH BERI REZEKI YANG BANYAK?" SO APA JAWAPAN ANDA
1st time Berblogging selepas Berchatting/Berfacebook
Idea nak Create Blog nie datang dari rakan Dearhaniey yakni Mya_Maurer. Dia kata bagus kalo setiap kali saya kerja gi mengembara bawa pelancong catat sikit tulisan. Saya kata nak tulis apa? Balas Mya_Maurer tulis jerk apa yang belaku seharian bawa pelancong mana tahu bole share pengalaman. (Saya dalam hati berkata macam buku Log ke? dan saya tak reti menulis). So try jerla selain Chatting kat Dearhaniey leh gak tulis/type kat Blog sementara masa mengizinkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)