Lazimnya kat mana-mana Bazar Ramadan jadi tumpuan. Malah saya lihat ada gak pelancong-pelancong luar negeri berkunjung ke situ. Ada yang shopping beli-belah, ada yang tengok lihat, ada yang siap bergambar kenangan dan macam-macam lagi. Selain kepelbagaian makanan minuman yang di jual untuk berbuka ada juga yang jual pakaian, songkok, tudung, baju melayu, jubah dan seumpamanya.
Di Kelantan pula selain Bazaar Ramadan jadi Produk Pelancongan ada 'Perkampungan Ramadan' atau lebih dikenali Qaryah Ramadan. Setiap kali datangnya bulan puasa, Qaryah Ramadan menarik minat orang Kelantan termasuk luar Kelantan seperti KL, Singapura, Selatan Thai dan lain-lain.
Qaryah Ramadan terletak di Dataran Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu dengan khemah berkapasiti lebih 1,000 muat untuk muslimin dan muslimah. Aktiviti bermula pada sebelah petang didahului bacaan Al~Quran, berbuka puasa, solat Mahgrib, Isya, Tarawih, Tazkirah Ramadan, Qiyamullail dan solat Subuh.
Saya dapat tahu Program Qaryah Ramadan ini bermula sejak 23 tahun dahulu. Ia dikendalikan oleh Dewan Bandaraya Islam Kota Bharu dengan kerjasama Pengerusi Jawatan Kuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan.
Contoh iman yang pernah datang solat bersama yakni Sheikh Hisham Abdul Bari dan Sheikh Ahmad Tamim Mahmood dari Mesir. So, saya rasa kalo di beri kesempatan rezeki saya mahu pergi lagi. Sambil Melancong sambil Beribadat. Di harap anda pun begitu.
No comments:
Post a Comment