Monday, 29 July 2013

Abang Teksi Yang Seksi

Bilakah kali terakhir anda semua naik/tumpang Teksi? Selepas pengumuman kenaikan tambang Teksi baru-baru ini ada yang setuju, ada yang tak setuju dan ada juga yang tak ambil tahu. Apapun Industri Teksi kat Malaysia nie masih belum capai 10 bintang lagi terutamanya Teksi di Lembah Kelang. Mungkin sebab tidak memuaskan dari segi Harga Tambang, Layanan, Kemudahan, Keselesaan Kereta Teksi, Masa Menunggu,  Kurangnya Gadget/GPS Komunikasi Radio, Lambakkan Teksi, Pemandu Teksi Dari Pendatang Asing, Keselamatan dan seumpamanya.
 
 
Saya nie macam Urban Grass Root dan kerja pun selalu mengembara tahu rencah kehidupan dan dunia Teksi nie (kira banyak kawan dan bergaul). Pemandu Teksi nie boleh hidup mewah ataupun sebaliknya, Kalau malas kutipan boleh capai RM 150.00 ~ RM 200.00 dan kalau rajin memandu boleh capai sampai RM 300.00 dan lebih dari itu. Itu pun jika tiada masalah seperti rosak, kemalangan, trafik jam, hujan, kena saman dan sebagainya.
 
 
Pemandu Teksi adalah Duta Kecil kepada Pelancongan Malaysia. Ada pemandu baik ada sebaliknya dan ada penumpang baik ada sebaliknya. Di Lembah Kelang nie ada 3 jenis Teksi yakni Teksi Badjet, Teksi Esekutif dan Kereta Sewa. Dengan lebih 30,000 Teksi di Lembah Kelang, mereka ini di pantau oleh SPAD, Warden Trafik DBKL/PBT, Polis Trafik dan Pengguna.
 
 
Teksi yang ada Permit Persendirian atau Permit Syarikat/Koperasi/Persatuan wajib di periksa di PUSPAKOM berkala 6 bulan sekali. Pemandunya pula perlu ada Lesen Memandu dan Lesen Memandu PSV (Perbaharui Setahun Sekali) bersertakan Kad Pemandu (Juga Perbaharui Setahun Sekali). Selain Pelancongan, Teksi juga adalah pengerak dan pemangkin kepada Ekonomi dan Pembangunan Sosial kepada Negara. Jom naik Teksi.
 
 
 

No comments:

CINTA ITU DUSTA

SILA KLIK/PLEASE CLICK