Seumur hidup ini kali kedua saya datang Sitiawan, Perak. 1st dulu datang bermalam rumah Pak Cik saya yakni adik kepada Umi saya bekas Navy. Kali nie datang bawa pelancong dari Middle East (balik hari).
Mereka hendak pergi semata-mata hendak melihat dari dekat Industri Kecil Sederhana Sarang Burung Walet. Pelancong ini juga katanya ada Kedai Farmasi (Drugs Shop) kat Abu Dhabi City. Kalo ada rezeki dia kata nak try jual & import benda nie.
Nak tahu kenapa Sitiawan? saya sendiri duduk Malaysia pun tak tahu bahawa Sitiawan adalah tempat kedua terbesar Ladang & Kilang Sarang Burung Walet selepas Kuala Kurau. Ini pun pelancong tu beritahu kat saya huh! malu....
Selain gi melancong sambil study kami semua pergi Taman Monyet Sitiawan, Sitiawan Settlement Museum, Taman Paya Bakau Seri Manjung dan Berbuka Puasa Di Ipoh serta balik hotel mereka di KL.
No comments:
Post a Comment