tak berapa sempat masa nak conteng-conteng kat dinding bangunan lama rumah kedai zaman colonial kat Lovelane, Georgetown, Pulau Pinang. Tak sempat masa sebab Pelancong Arab Sekeluarga dah memekak sambil salah seorang dari mereka berkata "Hello! Habibi, let move.... maybe we got delay our next journey if stay long time here....". Actually, mereka suka Lovelane cuma waktu tak mengizinkan sebab kami kena cargas ke Cameron Highlands pula.
Berkunjung sebentar di Lovelane memang agak menarik sebab ada unsur-unsur Retro, Classic, Sejarah dan Kenangan. Lovelane termasuklah dalam kawasan "UNESCO WORLD HERITAGE SITE ZONE" untuk Pulau Pinang, Malaysia. Sesuai juga untuk Seisi Keluarga, Couple, Pelajar, Kumpulan dan Orang Perseorangan.
Banyak kedai-kedai Cenderhati bertemakan tempatan, kedai pakaian, restoran, cafe, pub, hotel dan sebagainya di sepanjang lorong Lovelane. Pasal conteng tu, saya tak pasti dibenarkan atau tidak atau saya tak pasti ada tempat khas untuk conteng. Betul-betul tak sempat dan tak kesempatan nak ambil tahu. Saya rasa ini bukan vandalism sebab ada juga mural indah dan penuh dengan kesenian terdapat pada dinding-dinding tertentu.
Saya tak tahu banyak pasal tempat Lovelane Pulau Pinang nie. Itu pun saya tahu pasal Lovelane nie setelah rakan Dearhaniey yakni Mya_Maurer bagi tahu serba sedikit. Dan Lovelane nielah pertama kali saya datang pada tarikh hari ini walaupun dah berkali saya bawa Pelancong ke Pulau Pinang.
Itulah serba sedikit tentang Lovelane, Georgetown, Pulau Pinang yang saya boleh share. Oh yea saya nak minta maaf kepada Mya_Maurer dan Bungasakura sebab mereka pesan minta conteng nama mereka di dinding-dinding Lovelane. Maaf kerana masa tidak mengizinkan Insya~Allah Ta'ala ada rezeki panjang umur kalau banyak masa saya akan pergi lagi pada masa akan datang dan penuhi pemintaan mereka.
No comments:
Post a Comment