Thursday, 24 October 2013

Terbagus Dari TAMAN TASIK PERDANA (LAKE GARDEN) KUALA LUMPUR


 
Taman Tasik Perdana atau Lake Garden Kuala Lumpur adalah salah satu Taman Riadah keluarga yang tertua di Malaysia. Malah kewujudannya sejak sebelum Merdeka lagi. Tempat ini di kelola oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Mungkin tempat ini tempat ibubapa kita dulu pernah berdating. Teringat Arwah Bapa bawa kami sekeluarga bila time cuti dan kerap juga berkunjung.
 


 
Seingat saya masa kanak-kanak saya sering main permainan  seperti gelongsor, buaian, jongkang-jongkit dan sebagainya. Selain itu, di Taman Tasik Perdana ini tak silap pernah mendayung sampan, main kejar-kejar, guling-guling atas padang berbukit, petik bunga sampai kena sound Tukang Kebun DBKL dan banyak lagi. Ada juga Show Busking atau Mini Konsert sedikit di Panggung Anniversari yang terletak di pinggir Taman Tasik Perdana. 
 


 
Itu dulu, dan rasanya dah berbelas tahun tak datang ke Taman Tasik Perdana nie. Sekarang apa bila ada Pelancong dari pelanggan Syarikat kami ingin pergi baru saya pergi. Saya tak pernah offer Pelancong pergi ke Taman Tasik Perdana ini. Oh! kesal juga rasa tapi tak per masa tu belum ada kesedaran lagi agaknya.
 


 
Jadi sesudah saya bawa mereka ke Taman Tasik Perdana ini baru saya sedar betapa bernilainya Taman Tasik Perdana ini secara Peribadi. Inilah WARISAN NEGARA yang masih kekal dan di harap kekal untuk selama-lamanya. Walaupun banyak Taman-taman Riadah  ada tetapi percayalah Taman Tasik Perdana adalah yang terbaik sekali di tengah hiruk-pikuk Hutan Batu Bandaraya Kuala Lumpur.
 


 
Saya berjanji saya akan pergi lagi kalau tak bawa Pelancong pergi sorang-sorang pun tak mengapa (tak main ler bawa couple gi taman geli ler). Harap anda juga rajin-rajin ler Promosikan Taman Tasik Perdana kita ini.
 



 
 

No comments:

CINTA ITU DUSTA

SILA KLIK/PLEASE CLICK